“Menyesal aku beli helmet tu , harga mahal bila pakai selesa dan puas hati pulak”.
.
Assalammualaikum dan Salam We Are Cyclist
.
HELMET , apa yang korang tahu pasal helmet basikal ⁉️
.
Tak kira lah korang kayuh basikal apa sekali pun , bila kayuh basikal helmet WAJIB pakai SEBAB :
✅ Melindungi kepala korang dari taik burung nuri dan burung serindik.
✅ Menutup kepala korang dari impak yang besar kalau terjatuh basikal.
✅ Mengelakan penguna jalan raya lain silau melihat korang kalau korang botak kepala.
✅ Membezakan korang sebagai cyclist dengan Bangla kayuh basikal pergi kerja.
✅ Menjadi kewajiban bila kita berbasikal WAJIB pakai helmet walaupun kayuh dalam kawasan perumahan sendiri.
.
🌟 Sebagai cyclist korang kena ambil tanggungjawab untuk ikut peraturan bila berbasikal kena pakai helmet , biar basikal kita tu biasa je brand , asalkan kita punya pemikiran dan etika kita lebih mahal/bagus daripada basikal kita.
.
🌟 Ingat lah , jangan sombong sangat sampai susah nak pakai helmet bila kayuh basikal , sebab kepala nak pakai lama dan tiada spare part di kedai repair handphone.
.
🍎 Bila kita beli helmet ni memang ada yang cakap mahal lah helmet sampai RM100-RM200 , korang kena faham setiap barang yang harga nya tinggi ada sebab yang tersendiri dan helmet yang murah RM50-RM60 untuk basikal ni kurang kualiti dan berat.
.
🍎 Labur lebih sikit untuk helmet tak pa , sebab kalau korang pakai bertahun pun tak rosak dan kena tukar macam spare part basikal korang , biar beli sekali je yang berkualiti asalkan puasa hati.
.
Korang sayang duit ke sayang kepala ⁉️
.
===============================
.
🍎 Setiap basikal ni ada helmet khas untuk jenis basikal ni , tapi kalau korang jenis kayuh santai riadah atau kayuh buat pengangkutan , apa jenis helmet boleh je pakai ikut korang punye cita rasa meggi cukup rasa.
.
Visit Like Follow for info
.
We Are Cyclist
https://www.facebook.com/WeAreCyclistSPA
Shopee
https://www.shopee.com.my/wacspa
https://instagram.com/w.a.c.s.p.a
we are cyclist
https://www.bicyclebuysell.com
YouTube
W.A.C LEGACY
http://www.wasap.my/60189074346
#wac #wacspa #wearecyclist #cyclist #cycling #bicycle #wac #waclegacy #waclegacyenterprise #bicycles #accessories #bicyclesservices #servisbasikal #mobilebikepickup #mechanic #bicyclerepair #bicyclemechanic #onlineshop #onlineresseller